RSS

Wednesday, March 23, 2011

Decoupage On Bottles


Assalam,

Mangsa terbaru kak Azi.






Tuesday, March 22, 2011

Deco Painting Workshop @ Nora's



Assalam,

Alhamdullillah, Kak Azi berpeluang  joint  workshop  decorative painting di rumah Cikgu Nora hari sabtu lepas,  Banyak yang dapat kak azi  belajar dan  sekali lagi kepada orang yang duk belah utara yang berminat  Cikgu Nora akan mengadakan workshop di Penang pada bulan May. silalah ke blog "http://pinkcraftheaven.blogspot.com" utk maklumat yang lebih detail. Nk cite psl  bayaran pulak  ye, bayaran yang dikenakan sebanyak RM290.00 tu adalah untuk sesiapa yang tidak mempunyai  peralatan spt berus lukisan etc2 yang berkaitan,  kira2  datang berlenggang je lah , semua disediakan dan boleh dibawak balik kecuali warna tak leh lah nk  bwk balik ya , kita cuma lukis je,  tapi pada yang dah ada, bayarannya takla sebanyak itu., macam Kak Azi cuma bayar lebih kurang RM 170 sahaja untuk workshop ini sebab kebanyakan bahan yang diperlukan kak azi dh ada.Untuk orang macam kak azi ni, workshop ini sangat2 berbaloi, banyak yang bleh dipelajari  selama lebih kurang 6 jam tuh..ooooppps terlupa ada morning tea & lunch hehehe.

Kat bawah ni adalah asil  kerastangan kak azi ye..walaupun tak brape nk cantik tapi kak azi tersangatlah puas hati...TQ Nora diatas kesabaran melayan kami tempoh hari.




                                                                                 





Sunday, March 6, 2011

Hydragea lagi...


Assalam,

Mula2  keluar sejambak, kaler biru putih2, pas tu biru je, tak lama  tukar pulak  kaler pink, sekarang ni dh tukar kehijauan, keluar sejambak lagi, warna biru... tahan lama betul,  dh hampir 3 bulan dia berbunga, patutlah  org panggil bunga  3 bulan, sekarang ni tengah bersemangat nk tanam pokok2 bermbunga, nak kena cari benihnya lagi ni...kalau dapat  kaler pink kan bagus, tapi cammana nk taukan sebab selalunya kat nusery ada daun je, bunga tak keluar lagi ...





Wassalam


Thursday, March 3, 2011

Penderaan...


Assalam,
Penyakit M datang lagi...

Tissue Holder ni  ada cerita sensara dia yang tersendiri. Kalaulah dia ni manusia dh lama kak azi kena dakwa sebab melakukan penderaan melampau.  Kak Azi dh base coatnya sejak tahun lepas, lama sangat dah, mula2 nk buat FA, FA ye..yang stroke2 tu, free hand lagi, macam teror la  sangat, Cikgu Nora pun kalah ..tapi bila dh siap tak berkenan dik mata sendiri, mata orang lain tak yah cakaplah, takpe sand paper balik..punyalah payah nk hilangkan stroke2 tu....base coat balik tapi tetap ada kesan parut2nya, tak kisahlah  nak pakai sendiri, mana boleh buang, sayang!  konon2 nk buat decoupagelah pulak, tissue bunga ros pink carer, kemain lawa lagi tissue,  dengan semangat berkobar2 mulalah menampal, bila dh tampal sekuntum, bunga tisu tak timbul.. tak pe mungkin tak kering lagi, dh kering mesti naik carer dia..ambik hair dryer...ok kering tapi wuaaaaa tak nampak bentuk ros pun..mana nk nampak background dark blue, tissue pink..
Tak leh jadi ni, gosok lagi dgn sand paper, base coat lagi..

akhirnya jadi lah ini..........ikut patern dari buku Decorative Painting by Tahira Lewis.




Wassalam.