RSS

Sunday, January 1, 2012

Alhamdullillah Syukur...

Assalamualaikum,
Lamanye tak update blog.. banyak peristiwa yang berlaku  di tahun 2011 tapi yang paling bermakna dalam hidup ini bila mendapat jemputan  menjadi tetamu  di rumahNya. Syukur Alhamdullillah.
Satu2nya gmbr di dlm Masjidil Haram, Makkah.
Masjid Nabawi, Madinah.
Dapat mengerjakan  haji  bersama adik  Sahabudin & adik ipar Rosnida adalah anugerah terbaik dalam hidup  ini, kami bertolak  pada 25hb 10 2011 terus Ke Makkah , dan selamat sampai kerumah dari Madinah pada 7hb Dec 2011. Alhamdullillah, syukur semuanya berjalan lancar mengikut ketentuanNya.
Bersama Sahabuddin & Rosnida.
Merasa sangat bertuah dengan pertemuan   yang diaturkanNya untuk bersama2 dengan  Dr  Siti Hasana Sapar sepanjang berada di Makkah & Madinah sebagai rakan sebilik yang sangat cool..Walaupun kurang   duduk bersama2  dibilik,  dengan masa yang sangat terhad, kemesraan yang terjalin, masyaallah ibarat  sudah kenal berpuluh tahun! Semoga persahabatan ini kekal abadi. Alhamdullillah, syukur.
Rakan sebilik...
Alhamdullillah syukur,  pertemuan dengan jemaah2 BMT KT 74, walaupun dalam tempoh yang singkat,  perkenalan  yang penuh kemesraan bagaikan satu keluarga akan  berpanjangan hingga keakhir hayat.
Sebahagian dari jemaah BMT KT74..
Dengan ilmu dan pengetahuan yang tak seberapa ketika  mengerjakan ibadat haji, dangan izinNya juga kami mendapat bimbingan yang tiada nilainya dari mutawwif kami  Uztaz Shafiee Kasa, Uztaz Hermey & Uztaz Fadly yang tak jemu2 mmemberikan bimbingan tanpa mengira masa & tempat. Terima Kasih Uztaz! Alhamdullillah Syukur.
 Uzt Shafiee & Isteri Hajjah Salmah
Uzt Hermey & Utz Fadly
Ya Allah..murahkan rezekiku, peliharalah kesihatanku,  dan jemputlah aku ke rumahMu...sesungguhnya aku sangat merinduinya...Ya Allah.
Doa kak azi semoga saudara mara sahabat handai rakan taulan akan menerima jemputan dariNya juga dalam masa yang terdekat, Insyaallah.Amin.
 Alhamdullillah syukur,  semasa  di tanah Suci juga, segala urusan dirumah terurus dengan baiknya, Terima kasih  daun keladi untuk adik beradik yang sudi  membantu, Yang paling penting kucen2ku, Baby, Minie, Tinkle, Olsen, Belle, Cherry & ada pulak pendatang baru Kenit & Tom.. sihat sejahtera@ gemok! ( Nanti entry lain crite pasal kucen2 ni..Insyaallah)
Alhamdullillah syukur, dengan izinya juga kedatangan 2012 masih dapat dinikmati. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah & silap pada semua saudara mara, sahabat handai rakan kenalan dimana juga anda berada.

Wassalam.